Monday 5 December 2011

MAKRO PENGAJARAN BAHASA MELAYU

RANCANGAN  PENGAJARAN  HARIAN ( MAKRO – PENGAJARAN )
 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
KELAS INTERGRASI PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kelas   : Inspira
Masa   : 9.00 pagi – 9.30 pagi
Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Tarikh              : 26 september 2011
Jumlah                        : 5 orang
Kemahiran
2. Bertutur
            2.3 – mengajuk bunyi perkataan yang di dengar
            2.4 – bersoal jawab untuk mendapat maklumat
4. Membaca
            4.1 – membina dan membaca suku kata
6. Tulisan
            6.2 – menulis dan menyalin huruf, suku kata dan perkataan secara terkawal.
7. Komunikasi
            7.1 – bercerita tentang diri dan persekitaran.
Tajuk : Haiwan
Tujuan am : murid dapat mengenali dan membina suku kata KV + KVK berdasarkan tema   haiwan.
Pengetahuan sedia ada murid : Murid pernah membaca suku kata KV seperti da,de,di,do, du   dan  KVK seperti dak, pur, kus,tam.
 Murid ada memelihara kucing dan ayam.
Kaedah Pengajaran    :          
 1)  Soal jawab                       
 2)  Penerangan
3)  Latih tubi sebutan              
 4)  Aktiviti kelas
Objektif :
Pada akhir pengajaran ini, murid diharapkan dapat :
1)    Mengajuk semula 5 bunyi perkataan yang mengandungi suku kata KV + KVK seperti cicak, , lalat,  lipas, tikus dan semut seperti  yang di sebut oleh guru dengan betul secara lisan.
2)    Mengeja dan membaca  10 suku kata yang mengandungi KV + KVK berdasarkan kepada beberapa jenis gambar haiwan yang dipamerkan di papan putih.
3)    Menulis 5 patah perkataan dari suku kata KV + KVK iaitu cicak,lalat,lipas,tikus dan semut pada lembaran kerja yang  disediakan  oleh guru

Nilai Murni
1)    Murid mengetahui terdapat pelbagai makhluk  ciptaan Allah termasuk haiwan dan serangga seperti semut.
2)    Sentiasa mengamalkan hidup sihat dengan mengutamakan kebersihan persekitaran supaya tidak di serang oleh serangga perosak seperti lipas dan lalat.
KBKK : mengenal pasti, menyenaraikan, menerangkan dan menjana idea.
Bahan Bantu Mengajar
1)    Kad suku kata ( nama jenis haiwan dan serangga )
2)    Lembaran kerja
3)    Kad bergambar( jenis haiwan dan serangga )
Bahan Bantu Mengajar
1)    White board , pen penanda ( marker pen )
2)    Kertas lembaran kerja
3)    Kad gambar
4)    Kad suku kata
Bahan rujukan
1)    Huraian sukatan pendidikan khas bermasalah pembelajaran sekolah rendah & menengah.KL JPK

Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Catatan
Aktiviti  guru
Aktiviti murid
Pantun teka-teki

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Set Induksi ( 5 minit )

1.    Guru membacakan pantun teka teki  dan bersoal jawab dengan murid berkaitan tajuk pelajaran hari ini.


a)    Murid menjawab pertanyaan guru secara lisan.
BBM

·         Kad gambar
Nilai

·         Kerjasama


a)Jenis haiwan dan serangga :
-          Cicak
-          Tikus
-          Semut
-          Lipas
-          Lalat






Langkah 1 ( 10 minit )
1.    Guru menunjukkan gambar yang mengandungi jenis-jenis haiwan dan serangga kepada murid.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang  jenis

haiwan dan serangga berpandukan kad gambar.
3.    Guru meminta murid menyebut dan
mengeja perkataan berpandukan  gambar.
4.    Murid mengeja perkataan berpandukan gambar secara individu.


a)    Murid mengeja perkataan berpandukan gambar secara individu.

BBM
·         Kad gambar
·         Kad suku kata
·         Kad perkataan
·         Papan putih
·         Pen penanda





Nilai

·         kerjasama
·         rajin
·         sabar




a.  tikus

b. lalat

c. semut

d. lipas
e. cicak
* Lengkapkan tempat kosong dibawah berpandukan gambar.
a._______ suka makan padi.


b. _____ api serangga berbisa.

c.__ membiak dengan bertelur




d.­______ ada empat kaki.


e. ___ suka benda yang kotor.


Langkah 2 ( 10 minit )
1.    Guru meminta beberapa orang murid datang ke hadapan kelas untuk membuat aktiviti pada pada papan putih.
2.    Guru meminta murid mengeja dan menyebut perkataan yang di tampal di papan putih.
3.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.
4.    Guru membimbing murid untuk melengkapkan jawapan.





5.    Guru membimbing murid yang lemah dengan memberi panduan  serta contoh berpandukan gambar dan perkataan yang ditampal di papan putih secara individu.

7.    Guru meminta murid yang dapat menyiapkan tugasan dengan lebih awal untuk datang ke hadapan.




a)    Murid secara bergilir-gilir datang ke hadapan kelas untuk  mengeja dan menulis jawapan berpandukan gambar di papan putih.
b)    Murid melengkapkan jawapan di papan putih sehingga selesai.

c)    Rakan-rakan murid lain mengajuk bunyi yang diperdengarkan

berpandukan perkataan yang ditampal di papan putih.
d)    Semua murid melengkapkan lembaran kerja yang diberi berpandukan masa yang telah ditetapkan.



e)    Murid melengkapkan jawapan dengan bertulis berpandukan
gambar dan perkataan yang telah di tampal di papan putih secara individu.
f)     Murid  mendengar arahan guru dan datang ke hadapan kelas
bersama lembaran kerja yang telah selesai di jawab.

BBM
Kad gambar
·         ti  + kus
= tikus
·         la + lat
= lalat
·         se +  mut
= semut
·         li + pas
= lipas





·          Ci + cak

= cicak
KBKK

Menjana idea
·         Menyenaraikan
·         Menerangkan
·         Mengenalpasti
Nilai
·         Mendengar arahan
·         Bekerjasama
·         Bersungguh-sungguh

Rumusan guru           
Haiwan dan serangga  penyebar kuman ialah
- lalat
- lipas.
- tikus
- semut



Penutup ( 5 minit )
1.    Guru bersoaljawab dengan murid dan merumuskan tentang   apa yang telah dipelajari pada    hari ini.

2.  Guru dan murid menyanyi lagu berirama
    “ satu dua tiga ‘’ bagi   
    mengakhiri pelajaran hari  
    ini.
3.Guru juga mengucapkan terima kasih sebagai penghargaan kepada murid kerana memberi kerjasama sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran berlaku.

a)    Murid menjawab soalan guru secara lisan.

b)     Murid membaca dengan mengikuti contoh dari guru.
c)    Murid dan guru menyanyi  dengan irama satu, dua, tiga bersama-sama berkaitan tajuk.
d)    Murid mendengar penerangan guru.

Nilai
·         Prihatin
·         Sabar



·         Bekerjasama
·         Mendengar arahan


Read more »

PENGAJARAN MIKRO BAHASA MELAYU SUKU KATA KV + KVK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 3 Neptune ( PPKI )
Bilangan Pelajar : 5 orang
Tarikh : 5 September 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 8.10 pagi
Tajuk : Peralatan di dapur ( Suku Kata KV + KVK )

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

i Menyebut 8 daripada 10 suku kata KV dan KVK secara lisan seperti :
be, ca, da, bo, ge, pi dan sen, wan, pur, sau, tol, las

ii) Membina 4 perkataan bermakna daripada 8 suku kata secara bertulis seperti :
• ca + wan
• da + pur
• ba + kul
• be + sen

iii) Membaca 4 perkataan daripada suku kata KV + KVK secara lisan seperti :

botol, pisau , besen dan gelas

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Aktiviti : bercerita - penggunaan alat bantu - penggunaan papan putih - pengukuhan


Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang suku kata KV dan KVK
Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti 3
Latihan mengeja dan menyebut perkataan
KV + KVK

( 10 minit )
1. Guru menyediakan beberapa keping kad suku kata KV dan KVK di papan putih untuk dieja dan dibaca oleh murid-murid.
2.Guru meminta murid menyebut dan mengeja suku kata KV dan KVK secara bacaan beramai-ramai.
3.Guru meminta murid mencantum suku kata KV dan KVK supaya menjadi perkataan bermakna.
4.Guru dan murid-murid bersoal jawab berkaitan dengan perkataan yang mengandungi suku kata KV + KVK berpandukan gambar
5.Guru meminta murid memadankan perkataan bermakna dari suku kata KV + KVK dengan gambar di papan putih secara individu.
6.Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid berpandukan gambar dan perkataan yang terdiri daripada suku kata KV + KVK .
7.Guru mengedarkan lembaran kerja silangkata sebagai pengukuhan

Nilai : Bekerjasama, Mendengar arahan, Sabar, Berdikari

Penerangan Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran :

Masa Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Minit ke 1-3 1.Guru meminta murid-murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata
KV dan KVK di papan putih secara bacaan kelas.

2.Guru merangsang murid untuk membina perkataan bermakna daripada suku
kata KV dan KVK di papan putih

3.Suku kata yang di tampal di papan putih ialah :
a) bo, be, da, ca, ge, ( suku kata KV )
b) sen, tol, pur, las, ( suku kata KVK )

4.Guru meminta murid memadankan suku kata KV dan KVK menjadi
perkataan bermakna secara individu di papan putih.

5.Murid menyebut dan membaca suku kata KV + KVK yang menjadi perkataan
bermakna di papan putih secara bacaan kelas.
( bo + tol) ( be + sen) ( ca + wan ) ( ge + las ) ( da + pur )

Minit ke 4 - 8 1.Guru menunjukkan kad gambar berkaitan dengan suku kata yang
dipelajari di papan putih.
2.Guru dan murid bersoal jawab berkaitan gambar yang di tampal di
papan putih untuk merangsang minda murid. Antara soalan yang
dikemukakan seperti :
a) Apakah kegunaan cawan ?
b) Besen digunakan sebagai……
c) Dimanakah boleh anda lihat peralatan ini ?
3.Guru meminta murid memadankan perkataan yang terbina hasil cantuman
suku kata KV dan KVK dengan gambar yang di tampal pada papan
putih.
4.Murid memadankan perkataan dari suku kata KV dan KVK dengan gambar
secara individu.



Minit ke 9 - 11 5.Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi silangkata yang
berkaitan dengan tajuk pelajaran.
6.Guru memberi penerangan kepada murid – murid bagaimana untuk
melengkapkan silangkata tersebut .
7.Guru membimbing dan menyemak jawapan silangkata murid secara
individu dan kelas.
8.Murid yang paling awal dapat menyiapkan tugasan silangkata yang
diberi diminta berdiri di hadapan kelas sebagai tanda penghargaan.
9.Guru memberikan ucapan terimakasih atas kerjasama murid kerana dapat
menyiapkan tugasan yang diberi.




LAMPIRAN
1. KAD SUKU KATA
2. KAD GAMBAR
3. LEMBARAN KERJA SILANGKATA

Read more »

Monday 14 November 2011

pengajaran selama 10 minit




Read more »

Thursday 3 November 2011

AKTIVITI KUMPULAN

Ini adalah aktiviti membaca secara berkumpulan bagi murid-murid berkeperluan khas masalah pembelajaran. Saya menggunakan aktiviti bacaan berkumpulan supaya murid yang lemah dapat dibimbing oleh rakan sebaya yang mempunyai aras pengetahuan yang lebih tinggi. Aktiviti ini menunjukkan situasi yang menyeronokkan kerana murid yang lemah akan merasa gembira kerana dapat membaca dengan dibimbing oleh rakan sebaya.Aktiviti ini juga menggalakkan semangat kerjasama antara rakan sebaya. Situasi ini penting bagi meningkatkan sikap positif terutama sekali bagi murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran.

Read more »

Saturday 29 October 2011

Cacat Akal Berat

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ciri-ciri Khusus
  • Kesukaran ketika makan dan selalu muntah.
  • Mengigit sesuatu dalam mulut dan tidak mahu mengeluarkannya.
  • Air liur yang meleleh tanpa kawalan.
  • Sukar bernafas.
  • Sukar tidur dan terjaga waktu malam.
  • Selalu menangis.
  • Sukar bercakap dan memahami orang lain.
  • Suara terlalu lembut, mengau atau sengau.
  • Tidak menoleh jika dipanggil dan tidak bertindak balas terhadap bunyi.
  • Kebingungan pada cahaya lampu, bunyian dan sentuhan.
  • Tidur yang berlebihan.
  • Kanak-kanak yang pendiam dan menyendiri.

Read more »

Cacat Akal Ringan

Ciri-ciri Khusus

1. Adiot

  • Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin mencederakan diri sendiri.


  • 2. Imbersil

  • Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.

  • 3. Moron

  • Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.

  • Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.

  • Lambat berjalan dan lambat bercakap.

  • 4. Lembab

  • Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi sekolah biasa.

  • Read more »

    Friday 28 October 2011

    Masalah Pembelajaran

    MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK  
     Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.
    Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.
     Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.
    Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran di sekolah.  Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.
    Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan , pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak , tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih khusus.
    Punca -punca masalah pembelajaran  
    Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua kategori :
     1. punca biologi                2. Punca psikososial
    Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).
     Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah (lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada penggunaan bahan -bahan tersebut.
    Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.
    Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa  yang seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
    Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak tersebut. Setelah  mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru.
    Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya, dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.
    Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi akademiknya merosot.
    Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana  kebolehan berfikir, tumpuan perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.  Kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.
    Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-kanak terencat akal yang  mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.
     Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik sehingga boleh bermain dengan komputernya,  melukis gambar roket dengan kemas dan membaca dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya. Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti permainan komputer dan lukisan.
    Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.
     Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
     Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran  perlu mendapatkan riwayat yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya  kerosakan otak seperti yang dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak -kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan faktor baka.
    Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan. Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.
    Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau pendengaran  , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti. Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho- educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
     Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara seorang kanak -kanak dengan yang lain.
    Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.
    Masalah membaca  
     Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak -kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .
    Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak -kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca. Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.
    Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )
    Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah  peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan, menganalisa dan menyusun denagn kemas  maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.         
    Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran. Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.
     Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.
    Kanak -kanak hiperaktif 
    Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat , sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.
    Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat. Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga 40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini sahaja.
    Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.
    Kekekokan 
    Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.
    Gangguan Emosi 
    Gangguan emosi boleh menyebabkan  seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya. Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..
     Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah. Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura untuk berpisah.  Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. 
    Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-baiknya.  Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.
    Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya. Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.  Sebaliknya, adalah lebih baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka.
    Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.

    Read more »