Monday 5 December 2011

PENGAJARAN MIKRO BAHASA MELAYU SUKU KATA KV + KVK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 3 Neptune ( PPKI )
Bilangan Pelajar : 5 orang
Tarikh : 5 September 2011
Masa : 8.00 pagi hingga 8.10 pagi
Tajuk : Peralatan di dapur ( Suku Kata KV + KVK )

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, murid dapat;

i Menyebut 8 daripada 10 suku kata KV dan KVK secara lisan seperti :
be, ca, da, bo, ge, pi dan sen, wan, pur, sau, tol, las

ii) Membina 4 perkataan bermakna daripada 8 suku kata secara bertulis seperti :
• ca + wan
• da + pur
• ba + kul
• be + sen

iii) Membaca 4 perkataan daripada suku kata KV + KVK secara lisan seperti :

botol, pisau , besen dan gelas

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
i) Aktiviti : bercerita - penggunaan alat bantu - penggunaan papan putih - pengukuhan


Nilai : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghormati, bertanggungjawab
KBKK : menjana idea, menghuraikan, mengkategorikan, membuat kesimpulan, mengingat, memahami
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah diajar tentang suku kata KV dan KVK
Pelaksanaan P&P :
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan
Aktiviti 3
Latihan mengeja dan menyebut perkataan
KV + KVK

( 10 minit )
1. Guru menyediakan beberapa keping kad suku kata KV dan KVK di papan putih untuk dieja dan dibaca oleh murid-murid.
2.Guru meminta murid menyebut dan mengeja suku kata KV dan KVK secara bacaan beramai-ramai.
3.Guru meminta murid mencantum suku kata KV dan KVK supaya menjadi perkataan bermakna.
4.Guru dan murid-murid bersoal jawab berkaitan dengan perkataan yang mengandungi suku kata KV + KVK berpandukan gambar
5.Guru meminta murid memadankan perkataan bermakna dari suku kata KV + KVK dengan gambar di papan putih secara individu.
6.Guru menjalankan sesi soal jawab bersama murid-murid berpandukan gambar dan perkataan yang terdiri daripada suku kata KV + KVK .
7.Guru mengedarkan lembaran kerja silangkata sebagai pengukuhan

Nilai : Bekerjasama, Mendengar arahan, Sabar, Berdikari

Penerangan Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran :

Masa Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Minit ke 1-3 1.Guru meminta murid-murid menyebut perkataan yang mengandungi suku kata
KV dan KVK di papan putih secara bacaan kelas.

2.Guru merangsang murid untuk membina perkataan bermakna daripada suku
kata KV dan KVK di papan putih

3.Suku kata yang di tampal di papan putih ialah :
a) bo, be, da, ca, ge, ( suku kata KV )
b) sen, tol, pur, las, ( suku kata KVK )

4.Guru meminta murid memadankan suku kata KV dan KVK menjadi
perkataan bermakna secara individu di papan putih.

5.Murid menyebut dan membaca suku kata KV + KVK yang menjadi perkataan
bermakna di papan putih secara bacaan kelas.
( bo + tol) ( be + sen) ( ca + wan ) ( ge + las ) ( da + pur )

Minit ke 4 - 8 1.Guru menunjukkan kad gambar berkaitan dengan suku kata yang
dipelajari di papan putih.
2.Guru dan murid bersoal jawab berkaitan gambar yang di tampal di
papan putih untuk merangsang minda murid. Antara soalan yang
dikemukakan seperti :
a) Apakah kegunaan cawan ?
b) Besen digunakan sebagai……
c) Dimanakah boleh anda lihat peralatan ini ?
3.Guru meminta murid memadankan perkataan yang terbina hasil cantuman
suku kata KV dan KVK dengan gambar yang di tampal pada papan
putih.
4.Murid memadankan perkataan dari suku kata KV dan KVK dengan gambar
secara individu.



Minit ke 9 - 11 5.Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi silangkata yang
berkaitan dengan tajuk pelajaran.
6.Guru memberi penerangan kepada murid – murid bagaimana untuk
melengkapkan silangkata tersebut .
7.Guru membimbing dan menyemak jawapan silangkata murid secara
individu dan kelas.
8.Murid yang paling awal dapat menyiapkan tugasan silangkata yang
diberi diminta berdiri di hadapan kelas sebagai tanda penghargaan.
9.Guru memberikan ucapan terimakasih atas kerjasama murid kerana dapat
menyiapkan tugasan yang diberi.




LAMPIRAN
1. KAD SUKU KATA
2. KAD GAMBAR
3. LEMBARAN KERJA SILANGKATA

0 comments:

Post a Comment